BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

Volleyball Match..

Hello semua..Petang tadi, saya dan emy baru ja menyertai perlawanan bola tampar sempena hari keluarga Hospital. Team kami adalah terdiri dari gabungan unit x-ray,rekod,rehab dan sajian. Team kami akan berjumpa dengan team unit Pengurusan..macamana la ni..kami ni sudahlah langsung tiada praktis but nevermind la..play the game just for fun and anggap ja la untuk lose some weight lah..players adalah me, emy, jumatiah, margareth, norziah adn terawis's wife..hehe..tidak tau nama so letak la wife sapa..hehe..
Perlawanan pusingan pertama, team kami mendahului..waww..happy juga lah..walaupun main just for fun tapi deep inside our heart, mesti mau menang juga bah!..perlawanan kedua, nasib kurang menyebelahi team kami tapi tidak apalah..ada set ketiga..tapi sayang seribu kali sayang..kami kecundang jua akhirnya..tidak apa..demi semangat kesukanan!
Saya teringat servis terakhir dari Emy. Dia ni kalau dalam keadaan tekanan memang servis tajam dia tidak menjadi. Teringat time kami ada match di Ranau 3 years back. Dia la tukang servis terakhir. match point untuk team lawan. servis dia akhirnya menyangkut di jaring..tadi pun macam tu juga..saya tahu, dia rasa tertekan sebab team kami diambang kekalahan..huhuhu..dan servisnya menyangkut di jaring..haha..steady ko emy..saya memang sudah jangka pun servis dia memang tidak menjadi..heheh..kada' otogod kio emy..main2 nopo'..Begitulah alkisah c emy dan servisnya..hahaha..apapun, we were having a great time during the match..maju la sukan untuk diri sendiri..haha..

Sunday, May 3, 2009

Long time no see..

Hello semua..wahh..sedar tak sedar, tahun 2009 sudah sampai ke pertengahan..macam baru sahaja rasanya menyambut Tahun Baharu 2009..Blog ni pun lama tidak update..apa boleh buat..bulan mac lalu, Unit kami yang kecil itu terpaksa dipindahkan sementara ke wing side wad TB kerana ingin memberi laluan kepada kerja2 renovation,rewiring dan tukar tiles baru..sebab yang lama terlalu banyak 'cracking'...so, ditempat baru tu, tidak dapat internet connection..hemm..cerita pasal internet connections,..memang bermasalah betul la di unit kami tu..asyik2 'unplugged'..macam2 sudah kami buat untuk kasi connect dia..last2 disconnected juga..bila buka, rupanya ada yang putus didalam..ntahlah apa yang putus..itupun according to Dex la..kami ni mana la tau sangat pasal2 wayar2 ni..
Berbalik kepada Unit kami,ada sebulan jugalah kami menumpang di TB wad tu..banyak masalah juga lebih2 kepada client2 kami..dorang pegi di unit lama tapi kosong daa..terpaksa bertanya kepada siapa2 ja yang lalu sana..kadang2 sama staff2, cleaner2 dan macam2 la..ada juga kami tampal notis..tapi,ada yang special case, macam inai2 dan amai2 yang sudah tua..susah mau baca, dorang bilang..apapun, jumlah client yang menghadiri rawatan tidak juga merosot walaupun kami berpindah sementara dan ruang tempat rawatan yang sempit..mereka masih membutuhkan sentuhan rawatan dari kami..ewahhh....Dikesempatan ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak HSS kerana banyak membantu kami dalam proses berpindah..bukan sikit2 yang mau diangkat tuu..berat2 lagii...tidak dilupakan buat 2 pelatih dari MUCH..dorang ni pun banyak membantu dalam mengemas2 peralatan dan put all the things in proper place..Thank u so much...

Friday, March 13, 2009

Sakit Belakang ( BackPain)

Definisi:
Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang
badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak
dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

• Otot
o Otot tergeliat
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
o Otot letih

• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
o Pecah tulang belakang
o Tulang yang cacat
o Kanse tulang

• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul
o Penyakit Radang Pelvic (PID)
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
o Penyakit batu karang
o Psikologi
Berkaitan dengan stres

Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?

• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
• Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
• Rasa sakit yang menusuk
• Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
• Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
o Fever (demam)
o Sakit di bahagian perut
o Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
o Sakit kepala
o Berkaitan dengan haid

Komplikasi
Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh
menyebabkan komplikasi :-
• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
• Kecacatan kekal
• Kanser yang tidak dapat dikesan
Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ
dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan
dan komplikasi lain.

Rawatan
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
o Rehat yang cukup
o Regangan pada bahagian belakang
o Fisioterapi
o Menggunakan ubat sapu
o Ubat anti inflamasi tanpa steroid
Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI

Pencegahan
• Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat
berat
• Berehat untuk meregangkan belakang badan
• Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
• Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan
Kanser Serviks
• Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
• Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain
untuk mencegah osteoporosis.
• Kekalkan cara hidup yang sihat
Pemulihan
Pemulihan melibatkan pengambilan ubat-ubatan seperti NASIDs, Fisioterapi (Pemulihan
Anggota) dan Pemulihan Cara Kerja.

Sumber :http://www.infosihat.gov.my