BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 23, 2009

Senaman ke Arah Kesejahteraan Diri di Hari Tua

Kebaikan Senaman

Meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri

Menguatkan otot-otot jantung dan paru-paru

Memperbaiki sistem penghadaman dan selera makan

Menigkatkan daya ketahanan badan

Mengekalkan kekuatan otot dan tulang untuk memudahkan pergerakan

Mencapai dan mengekal berat badan unggul

Membantu tidur dengan lebih lena

Memperbaiki peredaran darah dan melindungi dari serangan sakit jantung

Apakah Senaman Yang Sesuai Untuk Warga Tua

- Berjalan perlahan/berjalan dengan pantas
- Boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat yang selamat

Senaman yang menggunakan alat-alatan
- Mengayuh basikal
Boleh dilakukan di dalam rumah dengan menggunakan basikal khas atau basikal biasa di luar rumah

- Senaman berkumpulan
Senaman secara berkumpulan sangat menyeronokkan
Senaman regangan

Lakukan senaman regangan setiap hari
Regangan Kepala Dan Leher
Tunduk dan dongakkan kepala
Meringkan kepala hingga telinga mencecah ke bahu kiri dan kanan
Pusingkan kepala anda ke arah bahu kanan
Regangan Bahu
Putarkan bahu anda ke arah hadapan
Kemudian ke arah belakang
Naik dan turunkan bahu anda
Putarkan bahu anda arah ke hadapan, kemudian ke belakang
Regangan Tangan
Angkat dan turunkan tangan anda dengan meluruskan siku anda
Dengan siku dibengkokkan, gerakkan tangan ke kanan kemudian ke kiri
Gerakkan tangan yang digenggam ke kanan, kemudian ke kiri
Regangan Jari
Pegang hujung jari dan tarik perlahan-lahan
Gengam dan buka genggaman
Pusingkan tapak tangan anda ke bawah
Buka dan jarakkan ibu jari dan jari, kemudian tutup dan rapatkannya
Regangan Kaki
Duduk dengan bersilang lutut. Putarkan pergelangan kaki mengikut putaran jam, kemudian sebaliknya
Naikkan kaki anda untuk meluruskan lutut
Gerakkan kaki anda ke sisi kemudian bawakan kaki kembali ke tengah
Duduk dengan lutut bersilang. Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah di pergelangan kaki
Gerakkan kaki anda ke depan dan letakkan tumit kaki di atas lantai
Jika kaki anda tidak boleh digerakkan, silangakan kaki yang sakit ke atas kaki yang baik dan putarkan pergelangan kaki dengan tangan
Senaman Badan, Paha dan Kaki
Memindahkan berat badan anda ke punggong kiri untuk mengangkat punggong kanan
Kemudian pindahkan berat badan anda ke punggong kanan untuk mengangkat punggong kiri
Tunduk ke depan dengan perlahan
Kemudian angkat secara perlahan sehingga anda duduk tegap
Angkatkan lutut anda seperti dalam pembarisan. Ulangi dengan kaki sebelah lagi
Regangan Semasa Berbaring
Berlatih berpusing di tilam. Baring dengan membengkokkan lutut. Genggam kedua tangan anda dan arahkannya ke siling
Palingkan kepala ke sebelah. Bawa genggaman tangan anda ke sebelah yang sama dengan bahu di hadapan. Kemudian arahkan pinggang ke sebelah yang sama
Ulangi dengan yang sebelah lagi
Berbaring dengan membengkokkan lutut dan letakkan tangan disisi
Naikkan paha dan punggong anda dengan menolak kaki ke bawah
Biarkan lutut yang bengkok bersama, pusingkan paha dan lutut ke kanan
Kemudian ke sebelah kiri

0 comments: